Saya merupakan seorang alumni UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Bila sebut je jurusan engineering memang nampak macam tough sangat la kos ni (tapi bagi saya yang malas belajar memang susah la kalau nk GRAD on time). Saya join as a pelajar UiTM ni bermula dari Mei 2002. Masa tu budak yang kurang pandai macam saya just ditawarkan Pra-Science je bagi tempoh 6 bulan dan kalau xlepas kena sambung 6 bulan lagi. Masa Pre-Science ni, kami kena score at least 3.00 dan ke atas untuk ditawarkan ke peringkat Diploma. Memandangkan saya ni bukan ulat buku, saya xdapatlah nak promote ke diploma programme dalam masa 6 bulan. Saya layak ke peringkat Diploma dalam masa setahun dan ditawarkan Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Kota Samarahan.
Dalam masa 3 tahun tu, memang banyak la kenangan yang dihadapi dan ditempuhi (bercinta, failed subject, pusing2 daerah di Sarawak, bersukan, makan2, etc). Kalau dirangkumkan memang bleh buat satu buku la pengalaman belajar di Sarawak. Sehingakan saya pernah di anggap "Orang Sarawak Tulen" memandangkan saya dapat menguasai bahasa Sarawak (x termasuk Iban, Melanau dll) dengan jayanya dalam masa yang singkat (loba ada jak bunyinya nak...hahaha...). Actually, belajar di Sarawak ni memang seronok. Walaupun berjauhan dengan family, tapi as a student "over the sea", kita kena cabar diri untuk dapat belajar berjauhan dengan family. Masa raya memang x yah cakap la kalau nk balik raya. Rasanya dalam masa 5 tahun belajar di sana, memang pagi raya salam tangan ibu bapa kawan2 jelah memandangkan family kita di semenanjung. So, sepanjang 5 tahun saya di Kuching, saya ada 1 family angkat di Kuching. Family tu memang sporting dan sampai sekarang saya masih lagi keep in touch dengan mereka.
Berbalik dengan suasana belajar di UiTM Kota Samarahan, suasana di sana memang la berlainan dengan di semenanjung. Apa tidaknya, di antara yang ketara ialah dalam segi bahasa perantaraan. Kalau kita dapat bersembang dengan sesama semenanjung, no wonder la. Ini kita terpaksa bersembang dengan kawan sekeliling yang secara majoritinya memang datangnya dari Negeri Sarawak. Bagi saya, tiada masalah sebab saya tinggal nk refresh sahaja bahasa Sarawak ni. Opss...lupa nk bagitau yang saya memang membesar di Serian, Sarawak dan balik ke Selangor pada tahun 1991. Biasalah, mengikut keluarga sebab arwah saya cikgu. So, xde masalah la kalau setakat basic bahasa Sarawak tu saya tahu dan faham. Pada mereka yang baru smpai ke Sarawak memang agak kurang faham la bahasa pertuturan mereka di sana.
Setelah mengharungi seminggu MHS (Minggu Haluan Siswa), sekarang xtau la apa yang depa panggil untuk induction time pelajar baru, kami pun masuk ke kelas. Dah la pelajar yang datang dari semenanjung ni kurang dalam kelas, memang payah la nk buat bising unless mereka yang dari sarawak sahaja yang banyak bersembang. Selang seminggu masuk kelas mula la bertegur sapa dengan classmate yang lain. Honestly, memang orang Sarawak ni peramah dan mudah di ajak bersembang. seriously... very friendly..
Syukur masa tu saya dapat adapt cara mereka dan mudah untuk saya bergaul. Dalam masa beberapa minggu sahaja saya dapat bergaul dengan pelajar dari sarawak ni macam biasa. Tapi, memang seronok sebab dapat mempelajari bahasa mereka dan sehingga kini saya akan bercakap bahasa mereka sekiranya berjumpa. Mereka juga hairan macamana saya masih ingat untuk bertutur dalam bahasa Sarawak lagi memandangkan saya sudah lama meninggalkan Sarawak iaitu hampir 10 tahun...
(to b continued...)
#pengalaman
#anakperantau
0 Response to "Alumni UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik"
Catat Ulasan