السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

JAUHILAH PERKARA YANG DIREKA REKA (BIDA'AH)

Riwayat:  Muslim
      
Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya bahawa kedatangan hari kiamat telah hampir. Oleh itu setiap orang adalah dikehendaki berhati-hati sama ada dalam percakapan ataupun mencari petunjuk. Apabila hendak bercakap, bercakaplah mengenai sesuatu yang tidak terkeluar daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan apabila hendak mencari panduan hidup berpandukan kepada petunjuk nabi SAW. 

Adalah dilarang sama sekali seseorang itu melakukan bidaah kerana bidaah itu adalah sesat dan menyesatkan. 

Setiap orang wajib membayar hutang piutangnya dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap keluarganya. 

Sebaik-baik pekerjaan yang diceburi oleh seseorang ialah yang berkaitan dengan kitab Allah seperti belajar dan mengajar al-Quran. 

Amalan yang bertentangan dengan agama, yang tidak termasuk di bawah mana-mana usulnya hendaklah dijauhi. 

Anak yatim dan orang kurang upaya seperti orang tua yang tiada penjaga atau warisnya, wajib dibiayai daripada baitulmal, kerana pemerintah menjalankan tugas Rasulullah SAW  yang menjaga mereka. 

Hak waris daripada peninggalan si mati (pusaka) adalah sabit Islam.

Tazkirah

ALANGKAH BAHAGIANYA PULANG BERTEMU ALLAH DALAM KEADAAN HATI YANG SEJAHTERA

Firman Allah SWT

إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ سَلِيمٍ 

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Surah Ash-Shu'ara ayat 89

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • **STUDY OUT CAMPUS** Dalam kemajuan era global yang makin mencabar, nilai mata wang pun makin tidak menentu sudah pasti arus pengaliran duit menjadi semakin … Read More...
  • Alumni UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik Saya merupakan seorang alumni UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Bila sebut je jurusan engineering memang nampak macam tough s… Read More...
  • -KETIKA RUMAH SEPI DARI TAMU- Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang senang bila rumahnya kedatangan tamu. Namun isterinya kerap me… Read More...
  • DARI KAKI BANGKU KE KAKI BOLA Salam ukhwah semua..aku saje nk share pengalaman aku berkenaan kesungguhan seseorang kalau nk berjaya..k… Read More...
  • Keje Gomen? Keje Swasta? Zaman dulu, ramai yang kata xnak keje ngan gomen. Mana taknya, keje gomen pada masa tu gaji sikit je berb… Read More...

0 Response to " "

Catat Ulasan